Total Pageviews

Monday, October 20, 2008

progress pada mula2 menceburkan diri dalam penternakan



cerita pengalaman pertama menternak kambing.sebelum aku membuat projek ini, aku dan keluarga berbincang tentang projek yg boleh meningkatkan ekonomi keluarga serta negara.setelah meneliti dan mengkaji selama setahun maka dengan rasminye kami sekeluarga bersepakat untuk terjun ke bidang ternakan dengan bermodalkan sendiri.permualaan projek ini dilakukan pada pertengahan bulan 12 pada tahun 2007.agak lewat juga untuk memulakannye kerana sebab2 yang tak boleh dielakkan.dengan berbekalkan modal sedikit dahulu akupun memulakan projek dengan membeli bahan binaan untuk membina tapak kandang nye dulu.aku juga berterima kasih dengan abg aku yg memberi sumbangan merupa kayu tiang rumah lama yg masih kuat dan kukuh untuk dijadikan tiang untuk kandang aku nie.tiang kayu ini juga memerlukan beberapa tenaga mahir untuk mendirikannye dia atas tiang batu.dengan adanye bantuan dari abang2 aku yang sanggup mengeluarkan peluh demi menjayakan misi menegakkan tiang ini.kerja-kerja ini siap sepenuhnye dalam masa 3 bulan disebabkan beberapa faktor yg tak dapat di elakkan seperti cuaca, modal dan perkara2 yg lain.dengan plan sebesar 15 kaki x 20 kaki dan boleh memuatkan sebanyak 30 hingga 60 ekor kambing dalam satu2 masa.dalam proses selama 3 bulan itu saya juga bertanyakan tentang kursus terdekat mengenai penternakan kambing.alhamdulillah setelah saya berhubung dengan jabatan veterina negeri melaka maka saya pun ditawarkan mengikuti kursus tentang hala tuju penternakan di intitut veterina di kajang selama 3 hari.banyak pendedahan tentang penternakan kambing dan lembu diberi penerangan oleh pegawai terlatih serta berpengalaman dalam penternakan.selang beberapa minggu pula saya di pelawa mengikuti latihan sangkut penternakan kambing anjuran bank pertanian(sekarang agro bank) di kaprima livestock selama seminggu.pelbagai latihan dan pengajaran serta selok belok penternakan diajar dari segi priktikal dan amali.lawatan juga diadakan didalam kursus ini ke tempat ladang2 yang dah satabil serta kandang2 yang baru hendak meningkat dan kandang yang mengalami kerugian dari segi kecurian.setelah tamat menghabiskan kursus aku pun mula mencari baka2 kambing untuk dimasukkan ke dalam kandang aku.dengan pertolongan abang aku untuk mencari baka kambing maka aku pun bertanyakan pada kenalan yg turut membela kambing.alhamdulilah dengan bantuannye aku pun mendapat 3 ekor kambing iaitu kacukan boer dengan jamnapari untuk membuat pemulaan menternak(gambar ini akan di muatkan akan datang.....).