Total Pageviews

Monday, February 2, 2009

baru sekarang dapat update blog..

salam...sudah sekian lama tak mengupdate blog nie kerana kesebukkan yang tak dapat dielakkan.dengan terbinanye satu lagi kandang yang baru di bina sepanjang kesebukan ini.sebelum itu saya akan berikan gambar-gambar baka kambing yang ada di tempat saya.










ini ternakan yg aal-wal mendiami di kandang saya ini.pada mulanya saya membeli baka kambing kacukan iaitu kacukan jamnapari, dan kacukan boer tetapi yang kambing kampung saya memperolehi yg ori kampung.pada bulan 8 tahun lepas saya serta abang-abang saya bertindak sebagai pengurus telah bertemu dengan sedara omar yang merupakan pembekal kambing-kambing jamnapari dan bebiri dari indonesia.haranye juga berpatutan dengan keadaan ekonomi sekarang.kalau sesiapa yg berminat untuk mencari baka-baka yang berkualiti dan murah boleh pergi ke ayer merbau di daerah jasin melaka.ini diantar baka yang saya perolehi di ayer merbau.



ini lah baka2 yang ada sekarang di kandang saya.insyallah nanti saya akan masuk pula kandang terbaru dan anak2 kambing yang baru beranak.kalau ada sebarang pertanyaan sila email ke mbekagro@yahoo.com. atau datang ke kandang saya di tambak bugis,telok mas, melaka

Monday, October 20, 2008

progress pada mula2 menceburkan diri dalam penternakan



cerita pengalaman pertama menternak kambing.sebelum aku membuat projek ini, aku dan keluarga berbincang tentang projek yg boleh meningkatkan ekonomi keluarga serta negara.setelah meneliti dan mengkaji selama setahun maka dengan rasminye kami sekeluarga bersepakat untuk terjun ke bidang ternakan dengan bermodalkan sendiri.permualaan projek ini dilakukan pada pertengahan bulan 12 pada tahun 2007.agak lewat juga untuk memulakannye kerana sebab2 yang tak boleh dielakkan.dengan berbekalkan modal sedikit dahulu akupun memulakan projek dengan membeli bahan binaan untuk membina tapak kandang nye dulu.aku juga berterima kasih dengan abg aku yg memberi sumbangan merupa kayu tiang rumah lama yg masih kuat dan kukuh untuk dijadikan tiang untuk kandang aku nie.tiang kayu ini juga memerlukan beberapa tenaga mahir untuk mendirikannye dia atas tiang batu.dengan adanye bantuan dari abang2 aku yang sanggup mengeluarkan peluh demi menjayakan misi menegakkan tiang ini.kerja-kerja ini siap sepenuhnye dalam masa 3 bulan disebabkan beberapa faktor yg tak dapat di elakkan seperti cuaca, modal dan perkara2 yg lain.dengan plan sebesar 15 kaki x 20 kaki dan boleh memuatkan sebanyak 30 hingga 60 ekor kambing dalam satu2 masa.dalam proses selama 3 bulan itu saya juga bertanyakan tentang kursus terdekat mengenai penternakan kambing.alhamdulillah setelah saya berhubung dengan jabatan veterina negeri melaka maka saya pun ditawarkan mengikuti kursus tentang hala tuju penternakan di intitut veterina di kajang selama 3 hari.banyak pendedahan tentang penternakan kambing dan lembu diberi penerangan oleh pegawai terlatih serta berpengalaman dalam penternakan.selang beberapa minggu pula saya di pelawa mengikuti latihan sangkut penternakan kambing anjuran bank pertanian(sekarang agro bank) di kaprima livestock selama seminggu.pelbagai latihan dan pengajaran serta selok belok penternakan diajar dari segi priktikal dan amali.lawatan juga diadakan didalam kursus ini ke tempat ladang2 yang dah satabil serta kandang2 yang baru hendak meningkat dan kandang yang mengalami kerugian dari segi kecurian.setelah tamat menghabiskan kursus aku pun mula mencari baka2 kambing untuk dimasukkan ke dalam kandang aku.dengan pertolongan abang aku untuk mencari baka kambing maka aku pun bertanyakan pada kenalan yg turut membela kambing.alhamdulilah dengan bantuannye aku pun mendapat 3 ekor kambing iaitu kacukan boer dengan jamnapari untuk membuat pemulaan menternak(gambar ini akan di muatkan akan datang.....).

Monday, September 29, 2008

selamat hari raya pada rakan2



selamat hari raya adilfitri.maaf zahir dan batin kepada muslimin dan muslimat di muka bumi allah ini.

selamat berkenalan pada blogger2 tentang penternak kambing

semperna bulan yang mulia ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya pada semua penternak-penternak kambing di seluruh malaysia.saya merupakan penternak yg baru saja menjalankan penternakan kambing secara kecil-kecilan saja.sekarang sudah genap 6 bulan menjalankan aktiviti menternak.pada mulanya saya was-eas hendak menjalankan peniagaan berasaskan penternakan tapi atas dorongan dan pendapat dari keluarga maka saya dengan gambelnye saya menceburi dalam penternakan kambing.insyallah saya akan mengupdate saya blog dgn meletakkan gambar2.